alahan oh alahan....

seperti yang saya cakap dalam entry sebelum ni, saya start alahan masa kandungan masuk 2 bulan lebih which is 10 minggu sampai la ke hari ni, 14 weeks. hari ni saya rasa agak boleh tahan la sikit, sebab tu ambik peluang ni coret sesuatu dalam blog ni....

biasa orang sebut alahan ni, org kaitkan dengan morning sickness... tapi alahan saya ni lain sikit, morning sickness takde, tp maghrib sickness plak... masuk je pukul 7 malam, saya akan muntah dengan banyaknya....kepala mula rasa sakit dan pening... badan pun rasa tak bermaya jer... biasanya lepas solat maghrib, saya akan tidur dulu la coz badan rasa tak larat...

dengar citer org lain, rasa mcm alahan saya ni tak teruk sangat, tapi tak tahu la kenapa siksanya menghadapi saat2 alahan ni... hanya kesabaran yang buatkan saya bertahan... dengar citer orang lain jgk, ada yang tak boleh bau ikan, tak boleh masuk dapur, tak boleh bau perfume dan macam2, tapi saya alhamdulillah, setiap bau yang wangi2 tu saya lagi nak hidu, terutama bau masakan... tp skg rasa malas nak masak..nak hidu bau masakan org jer... huhuhu... saya paling tak tahan bau yang busuk2, mmg terus uwekkk.... selera makan jgk bertambah2.. tak penah rasa tak lalu makan, makan semua, tapi yang tak bestnya akan keluar balik semua yang saya makan tu... penat muntah....

semoga alahan ni cepat berakhir, org ckp masuk 4 bulan dah stabil la, maknanya saya kene tunggu lagi 2 minggu.... harap2 cobaan ni cepat berlalu dan rutin kehidupan saya kembali normal...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

I'm Pregnant!!!

walaupun tajuk ni tak berapa suprise sebab lebey kurang seme orang dah tahu saya pregnant, tapi saya tetap nak buat pengumuman kat blog saya yang dah lama saya tak ambik kisah ni...

first time tahu saya pegnen, mmg excited la sangat coz mmg teringin dah lama, tapi ada masyaqqah yang menyebabkan kitorg terpaksa merancang dulu.. and now, tak perlu susah2 merancang dah coz saya dah habis kursus! MERDEKA!!!

saya start tahu pegnen tarikh 3 mei...ms tu rasa nak buat pregnen test jerr coz my period tak datang2 dah 2 bulan.... orang cakap, check waktu pagi masa mula2 bangun tidur tu mudah detact... jangan minum air atau makan ape2, trus jer check dulu... and result hari tu buat saya rasa confuse coz nampak garis kedua samar2 je... sebelum ni saya check naik satu garis je which means negative... hari ni naik 2 tapi agak samar2... saya cepat2 tunjuk kat hubby, and then kitorg dua-dua become confuse...huhu...2-2 takde pengalaman tengok result UPT...

malam tu kitorg gi klinik nak mengesahkan betul ke saya mengandung? doc cakap kira percaya test yang saya buat tu je la, trus dia scan, nampak rahim baru berkembang, baby tak nampak lagi...doc ckp baru 5 minggu... then suh saya datang check lagi bila ckup 10minggu...

kali kedua scan, wahh...nampak jantung baby berdenyut, dup! dap! dup! dap! rasa teruja sangat coz ada insan yang sedang hidup dalam rahim saya.... bentuk baby belum nampak, tapi organ-organ dalaman baby dah mula berkembang...alhamdulillah...

skg baby saya dah masuk 14 minggu... bermula 10minggu tu saya dah diserang alahan.... bab alahan ni akan diceritakan dalam entry khas lepas ni...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

My Students lagi....

"Ustazah! ustazah!"

terdengar teriakan aisyah dan kawan-kawannya memanggil saya sebaik sahaja saya keluar dari bilik j-QAF menuju bilik guru... saya hanya berpaling dan tersenyum seketika pada diorang dan meneruskan perjalanan.... saya agak sibuk hari ni... menanda kertas peperiksaan yang berbundle2... nak siapkan secepat mungkin agar saya dapat study untuk exam saya pulak lepas ni... huhu...

tiba-tiba terasa tangan saya disentuh dari belakang.... kedengaran suara tercungap-cungap aisyah dan kawan-kawannya mengejar saya... huhu... sempat jugak diorang kejar saya...

"Ustazah nak gi mane?"

"Ustazah nak gi bilik guru.. ada kerja."

"ustazah cakap nak bersih bilik j-QAF..?"

"bila pulak ustazah cakap gitu?"

"nak ikut ustazah bleh?"

"nak ikut? awak nak buat ape?"

Aisyah tersipu-sipu sebab dia sendiri tak tahu nak buat apa. ha, saya dapat satu idea, kebetulan pen merah saya dah habis menanda kertas yang banyak...

"awak tolong gi beli pen la kat ustazah, boleh?"

"ha! boleh! boleh!"

Aisyah kembali ceria... saya intai dalam dompet... alamak, ada dua keping not merah... hmm.. tak kan aku nak bagi not merah ni... saya berfikir sendiri dalam hati... ermm, takpelah, masa ni aku nak tahu budak Aisyah ni boleh harap ke tak... saya menghulurkan RM10 kepada Aisyah dan berpesan pegang duit ni elok-elok... nampak dari riak muka Aisyah yang serius menerima amanah dari saya... dipegang kemas-kemas duit yang saya berikan....

saya menanti di bilik guru.. dalam hati, risau jugak... RM10 tu... tu je yang ada untuk belanja hari ni... heheh... malu..malu..;p cikgu pun pokai....

tiba-tiba aisyah dan kawan-kawannya pun datang, dan menyerahkan dua batang pen serta duit baki rm7 pada saya...

"pandai awak beli!"

saya memuji....

"nak seringgit!"

Aisyah meminta... haha...

"seringgit tak boleh.."

saya mencari-cari duit syiling dalam dompet.... tiba-tiba aisyah berkata

"ni, ada lagi lebih duit syiling...."

40 sen lagi baki duit saya ada dalam genggaman dia...

"ha, awak ambik yang tu lah.. upah tolong membeli..."

aisyah bersorak kegembiraan kerana mendapat 40sen dari saya... huhu.... kan bagus kalu semua murid ada rasa ingin berbakti pada cikgu macam ni... ;)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

My Students...;)

Aisyah: Ustazah, hari ni ustazah jadi anak murid, kite nak jadi ustazah! (sambil berlagak pegang pembaris panjang kat depan)

Saya: ha, ikut pandai awaklah... (saya sibuk menyemak buku rakan2 aisyah yang dah siap buat latihan)

Ain: aisyah, saya nak jadi ustazah aiza, awak jadi ustazah noraini

Aisyah: Tak mboh..tak mboh.. saya nak jadi ustazah aiza... awak jadi ustazah noraini...

Ain: saya nak jadi ustazah aiza....

Aisyah: ok la, kita dua-dua jadi ustazah aiza

haha..hampir tergelak saya dengar diorang berdua bergaduh nak jadi saya... ;p anak-anak murid saya ni adalah pelajar darjah 1C yang saya ambil sebagai pelajar pemulihan Jawi. Budak2 ni kalau jumpa je saya, mesti tanya,
"hari ni gi bilik j-QAF tak ustazah?"
huhuh...suka sangat nak gi bilik j-QAF walaupun masa agama untuk kelas diorg tak de hari tu... ntah ape yang diorg suka sangat, sampai time rehat mesti berlari-lari datang jenguk saya kat bilik j-QAF. kalau saya takde, diorg akan datang lagi lepas tu untuk tengok saya ada tak kat bilik j-QAF.
"ha! ada pun ustazah..!! ustazah gi mane? tadi kite cari ustazah, takde pun kat bilik j-QAF?"

"ustazah ada kat bilik guru tadi..."

"boleh kite masuk?"

"ha, masuklah..."

aisyah dan kawan2nye terus buka kasut dan masuk ke bilik j-QAF. bising pulak dalam bilik tu... tiba-tiba saya dapat idea...

"daripada awak duk buat bising tu, baik la awak tolong kemas2 buku, sapu lantai, padam papan hitam... ha, dapat jugak pahala..."

diorang pun apalagi, terus buat ape yang saya suruh.. hehe..bagus betul budak2 ni...;P


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cinta Pertama: Part 3

kali ni berazam nak habiskan story cinta pertama ni.... macam yang pernah saya cakap dalam entry lepas, sepanjang 4 tahun berkenalan tanpa bersua muka, banyak suka duka yang dilalui.... suka lebih banyak dari duka, tapi saya nak cerita part duka dulu.... huhu... memang tak bleh lupa sampai bila2... pahit tu...

saya masih ingat, waktu tu saya di semester ke3 di Nilam Puri. baru sambut kedatangan adik-adik tahun 1 dan saya menjadi salah seorang fasilitator untuk program minggu suai kenal masa tu... ditakdirkan Allah, saya berkenalan dengan seorang adik (muslimat) yang benar-benar perlukan bantuan dan bimbingan... saya dengan senang hati menjadi teman setia kepada 'adik'. pada masa yang sama my hubby (yang masa tu blum jd hubby) turut sama membantu memberi semangat dan banyak juga memberi panduan dalam perubatan mengikut kaedah rawatan Islam kepada 'adik'... hari makin hari, 'adik' makin pulih dan saya sangat bersyukur di atas perkenalan ni...

my hubby ketika tu sudah berada di bumi Yaman dan dia pernah bagitahu saya untuk beri tumpuan sepenuhnya pada kitab-kitab. saya dengan senang hati menyokong hasratnya tu... ye la, saya memang suka kalau dia lebih tumpukan untuk menimba ilmu berbanding memberi tumpuan pada saya. saya juga perlu tumpu pada study...

suatu hari, teman karib saya yang juga ex-clasmate hubby datang bertemu saya... dia bagitahu hubby saya ada hantar mesej pada dia... isinya mmg benar2 meluluhkan hati saya.... saya ingatkan dia setia, rupanya sebaliknya... rasa air mata ni nak gugur depan kawan saya tu jugak, tapi saya tahan kemas2 dalam hati... saya berazam untuk berundur diri kalu betul dia sukakan kawan saya tu.... saya hantar mesej pada dia dan dia langsung tidak balas dan saya mula belajar melupakan dia....

saya sibukkan diri dan selama sebulan tiada khabar berita dari dia... memang saya akui dia orang pertama yang saya terima sebagai teman istimewa dan berharap dia adalah insan yang menjadi suami saya... memang setiap masa teringatkan dia tapi hanya Allah yang tahu saya berusaha untuk lupakan dia.. mujur ada 'adik' time tu... terima kasih...;)

sebulan lepas tu, saya ada terima email dari dia... dia meluahkan apa sebenarnya... pertamanya dia minta maaf kerana berdiam diri... dan menyatakan dia sengaja buat begitu untuk melupakan saya sejenak untuk memberi tumpuan pada kitab dan dia berjaya melupakan saya dengan kata2 saya... sukar untuk dia lupakan saya sebenarnya dan dia gunakan kawan saya tu untuk buatkan kitorg jauh seketika. dia memang tiada perasaan langsung pada kawan saya tu dan berhasrat untuk sambung kembali hubungan kami kerana dia mula sedar saya adalah tanggungjawabnya untuk dia bimbing di masa akan datang....

entahlah, mungkin kerana jodoh, saya dengan mudahnya menerima dia kembali..... dan sehinggalah sekarang, dia dah jadi SUAMI SAYA, CINTA SAYA dan PEMBIMBING SAYA...:) dialah Ustaz Hanafi....

dia pulang ke Malaysia 2 September 2007 dan kami bertunang 24 November 2007 dan seterusnya berkahwin pada 22 November 2008. ;)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cinta Pertama: Part 2

Sambung balik kisah cinta pertama saya....perkenalan kami ni guna perantara SMS, email dan chat jer... tak pernah kuar berjumpa kerana saya terlalu la sgt anti kuar dating.. huhu... sampai la satu masa tu dia mintak saya datang airport sbb dia dah nak fly ke yaman untuk sambung belajar kat sana... masa tu je satu2nya peluang untuk saya dan dia bertemu setelah agak lama berkenalan. tapi saya ni teramat tidak sedap hati untuk bertemu bukan mahram begitu... and saya ambik keputusan TAK PERGI... dia fly dgn kecewanya dengan keputusan saya.... sob..sob... ;(

saya ni nak kata menyesal tak jumpa masa tu, tak jugak sbb saya mmg bertawakal pada Allah...kalau betul dia jodoh saya, sampai masa kawin juga.. kalau bukan jodoh, jumpa pun tak semestinya bersama...so, bg saya mmg tak perlu tergesa2 nak jumpa...perjalanan study saya pun masih panjng....

dipendekkan cerita, mmg kami tak pernah tgk antara satu sama lain, tak tahu la dia ni kurus ke, gemuk ke, tinggi ke, rendah ke, hitam ke, putih ke, saya mmg tak tahu.... yang saya tahu, cuma doa pada Allah semoga Allah berikan pasangan yang terbaik untuk saya....

sepanjang dia diperantauan, dan kami hanya berhubung melalui handpone, bnyk jgk la suka duka yang dilalui.... 4 tahun kami bersabar dan hampir2 nak buat keputusan kawin jarak jauh... kira hantar wakil... huhuhu.... tp mmg tak menjadi, sbb family tak setuju...

dia banyak bagi semangt pada saya untuk belajar and my result agak ok la ms di U. kami sama2 berazam nak habiskan belajar secepat kilat, nak kawin plak.. haahaha...

dan awal bulan 9 tahun 2007, merupakan detik bersejrah bagi kami sbb itu adalah pertama kali kami bersua muka... dia pulang ke tanah air setelah 4 tahun memerah otak menuntut ilmu di Darul Mustaffa, Hadramout, Yaman. saya dan kakak saya jemput dia di KLIA... masa tengah intai2 orang2 kat KLIA tu, mmg perasaan saya tak keruan la... tgk je orang pkai jubah, nmpak dari Arab ckit2, hati saya tertanya2.. "ni ke dia??" orang tua berjangggut pun saya pikir " ni ke dia??"

ngantuk la plak... nak tido la... sambung lain kali....babai....
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cinta Pertama: Part 1


kali ni nak cerita detik-detik pertama mula berkenalan dengan my husben. actually dia orang pertama yang mengajar saya bercinta. huhu..sebelum ni memang tak pernah bercinta...almaklum la tak laku...tak de org nak... (kesian plak kat diri sendiri..;-( ) anyway, saya patutnya berterima kasih kat org2 yang bertanggungjawab menghubungkan kami.... petama sekali kat IRC (internet relay chat). dulu saye memang hantu chatting... tabiat paling buruk selepas SPM. haha... pastu berkenalan dgn seseorg yg saya anggap kawan, budak Maahad Tahfiz Padang Midin...dulu memang anti bercinta la saya ni...org bagi signal nak angkat jadi teman istimewa pun saye wat tak reti jerk...impian saye dari dulu, bercinta lepas kawin... huhuhu... sekang dah tak tahu kabar berita dah kawan laman maya saya yg sorg ni...

ada la sorg kwn kpd kwn maya saya ni cuba2 nk berkenalan and then saya terima jer sape2 nak berkawan...takat kawn biasa2 jer sayer tak kisah pun... sbnarnya saya ni bukanlah sombong sangt... huhuhu.... (ada tak org pk sy ni sombong...??) pada ms yg sama sy marah giler coz kwn maya saya bagi no phone sy kat org lain...huh..bengkek giler...and then kitorg lost kontek...(ntah la korang paham tak citer sayer nih..)


nak jadi crita, kwn yg baru2 berkenalan ngan saya ni, adalah kawan kepada my husben.... huhu... husben saya mula pasang jerat ngan SMS kt saya... ms tu baru tahun 2 kat nilam puri... tgh kene brainwash ngan akak2 senior pasal biah solehah, ikhtilat antr muslimin dan muslimat dsb... so, diri ini dah terinsaf dan tak nak lagi berkenalan dengan lelaki... saya wat tak layan je mula2...

tp husben saya ni bijak....(haha...to my husben: kalu t'baca jgn perasan lbih2 plak...) dia ckp nak belajar ilmu perubatan dengan saya...masa tu sy ingtkan ada mamat sesat tersalah no... then sy ckp la saya tak ambik medic pun..awk dh salah org... dia ckp dia tak slh org, dia nak bljr suluh2 mata ngan saya.... masa tu baru la sy ingt yg saya pernah belajar iridologi...satu teknik mengesan penyakit melalui mata...saya kalu bab2 nk belajar ni mmg tak tolak...so, start la perkenalan kami ms tu... suami sy mmg minat perubatan dan dia salah seorg pengamal perubatan DARUL sYIFA' sejak di SMAASzA. mmg agak terkagum2 la dgr cerita2 dia ms tu..banyak pengalaman berubat yg pelik2 yg saya tak pernah ambik kisah pun sblm ni...huhuh

alamak..ada mesej.... to be continue....
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS